Sunday, October 3, 2010

Tangisan Di Akhirat ..- JanjI Allah Yang Pasti

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim r.a daripada Abbas r.a, bapa saudara Rasullullah s.a.w bahawa Nabi telah bersabda :
"Aku adalah orang (manusia)yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari khiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari khiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada dibawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat pertama yang akan dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada diatas kepala mereka. Mereka semua akan berkata : "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Ta'ala serta dibenarkan para rasul."

Ibnu Abbas berkata : "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur pada hari khiamat adalah Muhammad s.a.w. Jibril a.s akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula akan datang dengan membawa bendera dan makhota. Izrail akan datang pula dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga."

      Jibril a.s akan menyeru : "Wahai dunia! Dimana kubur Muhammad s.a.w?"
      Bumi akan berkata : "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad s.a.w"

Rasulullah s.a.w bersabda : "Lalu diangkatlah tiang-tiang dari cahaya kubur Muhammad s.a.w ke awan langit. Maka empat Malaikat berada di atas kubur."
      Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"
Maka kuburterbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda membuang tanah diatas kepala dan janggutnya. Baginda melihat kanan dan kiri. Baginda dapati tiada lagi bangunan. Baginda menangis sehingga air matanya ke pipi. Inilah tangisan pertama Nabi di akhirat!
      Jibril berkata kepadanya : "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu disisi Allah Ta'ala di tempat yang luas."
      Baginda bertanya : "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"
      Jibril menjawab : "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Ta'ala."
      Baginda bersabda : "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
      Jibril berkata : "Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"
      Baginda bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku."
      Jibril berkata : "Adakah kamu tidak melihat bendera pujian terpacak di atasmu?"
      Baginda bersabda : "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Dimana perjanjian mereka?"
      Jibril berkata : Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?"
      Baginda bersabda : "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."
      Jibril berkata : "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad s.a.w dan pergilah kehadapan Tuhanmu!"
Jibril datang bersama Buraq kearah Nabi Muhammad s.a.w. Buraq cuba meronta-ronta.
      Jibril berkata kepadanya : "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Ta'ala? Sudahkah Allah Ta'ala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"
      Buraq berkata : "Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku."
Baginda bersabda kepada Buraq : "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku akan memberikannya padamu."

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan Rasulullah s.a.w menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad s.a.w berada di Baitul Maqdis diatas bumi dari perak yang putih, Malaikat Israfil menyeru :
"Wahai tubuh-tubuh yang telah hncur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang telah bertaburan dan urat-urat yang terputus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."

Roh-roh yang telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala.Di dalamnya terdapat beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit diatas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya kulit dan daging akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
      Allah Ta'ala befirman : "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita."
      Malaikat Israfil menjerit : "Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuhmu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam."
      Allah Ta'ala berfirman : "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!"

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Ta'ala, roh-roh pun keluar mencari jasad mereka. Maka kembalilah roh pada jasadnya. Bumi akan terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semua sedia, masing-masing melihat. Nabi Muhammad s.a.w makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Muhammad s.a.w merupakan satu umat (kumpulan). Nabi berhenti memerhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
      Jibril menyeru : "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Ta'ala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat, baginda akan bertanya : "Dimana umatku?"
      Jibril berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila nabi Isa datang, Jibril akan menyeru : "Tempatmu!" Maka nabi Isa dan Jibril menangis.
      Nabi Muhammad bersabda : "Menapa kamu berdua menangis?"
      Jibril berkata : "Bagaimana keadaan umatmu Muhammad?"
      Nabi Muhammad bertanya : "Dimana umatku?"
      Jibril berkata : "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian Nabi Muhammad menangis lalu bertanya : "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
      Jibril berkata : "Lihatlah mereka wahai Muhammad!"
Apabila Nabi Muhammad s.a.w melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Ta'ala muliakannya. Mereka gembira dapat bertemu dengan Nabi. Baginda juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban diatas belakang mereka sambil menyeru : "Wahai Muhammad!"

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi bersabda : "Wahai umatku!".  Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka berada dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Ta'ala seruan yang
menyeru : "Dimana Jibril?"
      Jibril berkata : "Jibril dihadapan Allah, Tuhan semesta alam."
      Allah Ta'ala berfirman : "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapanKu."
Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Ta'ala."
Nabi Muhammad berpaling kearah umatnya lalu berkata : "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Ta'ala."

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah. Nabi Muhammad memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju hadapan Allah Ta'ala. 
      Allah Ta'ala berfirman : "Wahai hambaKu! Dengarkanlah baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!"
Hamba-hamba Allah Ta'ala terdiam. Allah Ta'ala berfirman : "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi lah kearah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya bawakan Jahanam!"

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga nerak lalu berkata : "Wahai Malik! Allah Ta'ala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam."
      Malik bertanya : "Apakah hari ini?"
      Jibril menjawab : "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka uasahakan."
      Malik bertanya : "Wahai Jibril! Adakah Allah Ta'ala telah mengumpulkan makhuk?"
      Jibril menjawab : "Ya!"
      Malik bertanya : "Dimanakah Muhammad dan umatnya?"
      Jibril menjawab : " Dihadapan Allah Ta'ala."
      Malik bertanya lagi : "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya. Sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?"
      Jibril berkata : "Aku tidak tahu!"

Malik menjerit kearah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri dengan tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah berhenti manakala airmata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal sebenarnya tidak mabuk.

Saturday, October 2, 2010

Hanya KepadMu Aku Berserah

Aku menitiskan air mata.Saat itu, aku baru tersedar bahawa aku hanya mencari kasih manusia.Kepada Pemilik CIntaku Yang sedia mendengar aku bersalah Ya Allah.Aku sedar..hanyalah insane yang lemah.Kepada siapa yang patut aku luahkan ?Ya Rabb...kuatkanlah keimanan ku,Kuatkanlah Hamba-Mu ini dalam menempuh dugaan dan Ujian dari –MU....
Aku mencapai telefon bimbitku.Satu persatu nama yang ku cari hinggalah ke akhirnya.Nama yang terakhir yang berada dalam ‘list’ kenalanku.Aku hampa kerana aku tidak menemuinya.Aku terus lagi mencari dan kini air mataku menitis.Bukankah aku mempunyai ramai teman?Air mataku terus menitis dan di saat ini aku memikirkan bahawa diri ini sudah ‘lost’.Di mana teman-temanku.Aku butuh kalian di sisi ku .
Suasana sepi di dalam kamarku ini seolah –olah  memahami perasaan ini.Kesedihan melanda sejak akhir- akhir ini.Hujan yang turun semakin lebat .Sesekali aku mengintai suasana sepi di luar .Hembusan bayu yang menyegarkan.Aku perlukan ketenangan.Antara kepercayaan dan menjaga hubungan yang baik.Semua itu adalah sangat penting,Menjaga hubungan baik sesame manusia.
Apa yang aku telah lakukan.Aku sering menjaga perasaan orang lain dan mengabaikan perasaan diriku sendiri..Apakah dosaku Ya ALLah? Apa yang aku telah lakukan?Berdosakah aku pada diri ini.Ibuku berpesan.... “ setiap patah kata yang keluar dari mulut,pastikan tidak menyakiti dan mengguris perasaan orang” kata ibu.Aku sering ingat pesan ibu.
Sukar bagiku untuk mentafsir situasi kini.Aku seolah lost in my world.I lost myself.Jiwa ini dan ketenangan yang aku inginkan.Bantulah aku Ya Allah........
Sukar untukku luahkan kerana Hanya Allah Sahaja Yang memahami Isi hati ku....
Aku mencari – cari dan akhirnya KAU juga yang Ku temui......YA RABB....
Saat aku kehampaan,.Aku  tersedar ketika itu aku ingin sandarkan kesedihan ku kepada Insan yang lain.Aku tidak patut menyebarkan kesedihan yang melanda dalam jiwa ini.Akhirnya..setelah puas aku mencari dan Allah juga yang ku temui.Aku tidak perlu mencari kasih insane yang belumpasri kepada-MU Ya RAbb ...Kepada Mu Ya Allah Ya Rabb ampunilah Hamba-Mu ini Ya Allah atas dosa-dosaku.  Ya Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih sesungguhnya Hanya Kepada-Mu ku Berserah jiwa dan Ragaku.....Kuatkanlah keimanan –Ku .Tetapkan aku dalam Agama-Mu Ya Allah.Seandainya diri ini sudah jauh dari-Mu KAU dekatakanlah aku dengan-Mu kerana ku  rindukan KASIH-MU YA RABB....Amin...Terimalah Diri ini.Siapalah aku di pandangan-MU....Aku tidak akan  berhenti memohon kepada-Mu...SubhaAllah...Alhamdulilah...Allah Akbar.....

Sujud Cinta Seorang Hamba

Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini

Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu

Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu

Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi

Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati

Ya Rabbul Izzati…


Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri

Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani

Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu

Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu