Aku menitiskan air mata.Saat itu, aku baru tersedar bahawa aku hanya mencari kasih manusia.Kepada Pemilik CIntaku Yang sedia mendengar aku bersalah Ya Allah.Aku sedar..hanyalah insane yang lemah.Kepada siapa yang patut aku luahkan ?Ya Rabb...kuatkanlah keimanan ku,Kuatkanlah Hamba-Mu ini dalam menempuh dugaan dan Ujian dari –MU....
Aku mencapai telefon bimbitku.Satu persatu nama yang ku cari hinggalah ke akhirnya.Nama yang terakhir yang berada dalam ‘list’ kenalanku.Aku hampa kerana aku tidak menemuinya.Aku terus lagi mencari dan kini air mataku menitis.Bukankah aku mempunyai ramai teman?Air mataku terus menitis dan di saat ini aku memikirkan bahawa diri ini sudah ‘lost’.Di mana teman-temanku.Aku butuh kalian di sisi ku .
Suasana sepi di dalam kamarku ini seolah –olah memahami perasaan ini.Kesedihan melanda sejak akhir- akhir ini.Hujan yang turun semakin lebat .Sesekali aku mengintai suasana sepi di luar .Hembusan bayu yang menyegarkan.Aku perlukan ketenangan.Antara kepercayaan dan menjaga hubungan yang baik.Semua itu adalah sangat penting,Menjaga hubungan baik sesame manusia.
Apa yang aku telah lakukan.Aku sering menjaga perasaan orang lain dan mengabaikan perasaan diriku sendiri..Apakah dosaku Ya ALLah? Apa yang aku telah lakukan?Berdosakah aku pada diri ini.Ibuku berpesan.... “ setiap patah kata yang keluar dari mulut,pastikan tidak menyakiti dan mengguris perasaan orang” kata ibu.Aku sering ingat pesan ibu.
Sukar bagiku untuk mentafsir situasi kini.Aku seolah lost in my world.I lost myself.Jiwa ini dan ketenangan yang aku inginkan.Bantulah aku Ya Allah........
Sukar untukku luahkan kerana Hanya Allah Sahaja Yang memahami Isi hati ku....
Aku mencari – cari dan akhirnya KAU juga yang Ku temui......YA RABB....
Saat aku kehampaan,.Aku tersedar ketika itu aku ingin sandarkan kesedihan ku kepada Insan yang lain.Aku tidak patut menyebarkan kesedihan yang melanda dalam jiwa ini.Akhirnya..setelah puas aku mencari dan Allah juga yang ku temui.Aku tidak perlu mencari kasih insane yang belumpasri kepada-MU Ya RAbb ...Kepada Mu Ya Allah Ya Rabb ampunilah Hamba-Mu ini Ya Allah atas dosa-dosaku. Ya Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih sesungguhnya Hanya Kepada-Mu ku Berserah jiwa dan Ragaku.....Kuatkanlah keimanan –Ku .Tetapkan aku dalam Agama-Mu Ya Allah.Seandainya diri ini sudah jauh dari-Mu KAU dekatakanlah aku dengan-Mu kerana ku rindukan KASIH-MU YA RABB....Amin...Terimalah Diri ini.Siapalah aku di pandangan-MU....Aku tidak akan berhenti memohon kepada-Mu...SubhaAllah...Alhamdulilah...Allah Akbar.....
No comments:
Post a Comment